Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Peranan Murid Sebagai PRS

  • Wednesday 21 November 2012
  • Unknown

  • Sebagai seorang PRS, peranan yang perlu mereka lakukan adalah:


    1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
    2. Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
    3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
    4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
    5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
    6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
    7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
    8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
    9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
    10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
    11. Mematuhi etika kerahsiaan.
    12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
    13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
    14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
    15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
    16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk

    Etika PRS

  • Unknown

  • Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:


    • Amanah dan menyimpan rahsia.
    • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
    • Memahami batasan dan keupayaan diri.
    • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
    • Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkkan diri dan/atau orang lain.
    • Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
    • Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.

    Ikrar PRS

  • Friday 16 November 2012
  • Unknown

  • Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.


    • Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan. 
    • Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya. 
    • Berusaha menjadi pelajar contoh. 
    • Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. 
    • Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. 
    • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

    Misi PRS

  • Unknown
  • Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

    Visi PRS

  • Unknown

  • Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

    Falsafah PRS

  • Unknown

  • “BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”

    PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

    Matlamat PRS

  • Sunday 11 November 2012
  • Unknown

  • Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :

    1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
    2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
    3. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
    4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

    Sejarah Perkembangan PRS

  • Unknown


  •    Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas “Kaunselor Sebaya”. Dengan ini, konsep “Kaunselor Sebaya” (sekarang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi tidak diperkembangkan dalam kalangan murid secara sistematik dan menyeluruh. Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal melalui projek perintis “Kaunselor Sebaya” yang dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman, Ketua Jabatan di Institut Aminuddin Baki

       Pada tahun 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing Rakan Sebaya diterima secara rasmi. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.


       Pada November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.


      Pada Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.

      Pada September 1988, mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu:
    a. Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS
    b. Teknik tafsiran keperluan
    c. Teknik-teknik latihan.
    d. Teknik penilaian program
    e. Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
    f. PRS dari perspektif Islam


      Pada 1989 IAB dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan satu bengkel penelitian semula modul latihan PRS bertajuk Bengkel Membina Instrumen Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di sekolah-sekolah terlibat dan hasil daripada kajian telah dibentang dalam Seminar Status dan Halatuju Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 16-19 Disember 1990.
      Pada Jun 1991, kursus Intensif Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan di bawah pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan kaunseling yang hadir. Hasil daripada bengkel tersebut, pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Bimbingan dan kaunseling, Bahagian Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya menerbitkan buku modul bertajuk ” Pembimbing Rakan Sebaya: Modul Latihan Asas”.


      Pada 2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan nyanyian lagu dan lirik Pembimbing Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor diikuti dengan pelancaran pemakaian ‘vest’ PRS oleh Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.

      Pada November 2008, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein telah memperkenalkan e-PRS dalam Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka.

    Pada Ogos 2011, draf Modul PRS KPM telah dibuat semakan bacaan (Proof Reading) di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Pengenalan Pembimbing Rakan Sebaya

  • Unknown
  • Kajian luar negara dan tempatan telah membuktikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja. Dalam usaha mencari identiti diri, remaja banyak bergantung kepada rakan sebaya untuk mendapat panduan hidup ke arah yang mereka ingini. Jika rakan sebaya yang digauli itu mempunyai pengaruh negatif, maka remaja itu akan terikut-ikut dengan perlakuan negatif juga. Oleh itu pelbagai usaha harus dijalankan supaya pengaruh negatif itu dapat digantikan dengan pengaruh positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat untuk menyediakan mereka menjadi orang dewasa yang matang dan bertanggungjawab. Gegala inilah yang mendorong kita melatih remaja dengan beberapa kemahiran untuk mempengaruhi kawan melalui pembinaan perhubungan mesra dan menjadi contoh teladan.
    Peer Guidance SMAP Kajang. Powered by Blogger.

    Popular Posts

    Blogger templates

    Blogroll

    Blogger templates

    Blogger news