Sebagai seorang PRS, peranan yang perlu mereka lakukan adalah:
- Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
- Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
- Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
- Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
- Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
- Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
- Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
- Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
- Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
- Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
- Mematuhi etika kerahsiaan.
- Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
- Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
- Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
- Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
- Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
0 comments:
Post a Comment