Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Program Juniorku Sayang

  • Saturday 27 April 2013
  • Unknown
  • Pada 23 Februari 2013 satu program telah dijalankan iaitu Program Juniorku Sayang yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tingkatan 2. Program ini bertempat di Masjid Al-Ehsan dan melibatkan 12 orang fasilitator Tingkatan 2 serta 135 pelajar tingkatan 1. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

    Pengerusi Majlis dalam program ini adalah Ketua PRS Tingkatan 2 iaitu Muhammad Shakir bin Sharuji. Seterusnya Muhammad Firdaus binAbdul Zamri pula memimpin bacaan doa. Bagi energizer seperti 'Open Banana' dan 'Oo Epo Itai-itai' pula, Muhd Zul Hasmi yang memimpinnya.

    Setelah itu, pembahagian kumpulan ditetapkan mengikut tarikh lahir dan diuruskan oleh Amirah Kyswanee bt Ahmad Kamil dan Nur Amirah bt Suzalee. Setiap satu kumpulan telah dipimpin oleh seorang fasilitator. Seterusnya aktiviti persembahan dan diteruskan dengan aktiviti 'tounge twister' dan berakhir dengan pembentangan mengikut kumpulan dengan tema Sahabat Sejati yang dikendalikan oleh Intan Suraya bt Azman.

    Program ini telah berakhir dengan jayanya dan memuaskan hati semua pihak. Para pelajar Tingkatan 1 juga berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang, Insyaallah :)


    MSR Tingkatan 4

  • Sunday 10 February 2013
  • Unknown
  • Minggu Silaturrahim merupakan agenda utama di SMAP Kajang bagi menyambut tetamu-tetamu baru seperti pelajar Tingkatan 1, atau pelajar Tingkatan 4 yang baru ditawarkan untuk menyambung pelajaran di SMAPK. Dan seperti sebelumnya juga, para Pembimbing Rakan Sebaya akan mengemudi program ini.Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memastikan semua pelajar gembira terutama sekali bagi pelajar baharu. 






















































    m

    Aktiviti Senamrobik Bagi PRS Puteri di Aspuri

  • Unknown
  • Senamrobik merupakan aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan badan, malahan dapat mengurangkan stress.
    Oleh itu, PRS SMAPK telah menggunakan waktu senggang kami pada hari Ahad untuk bersama-sama melakukan senamrobik yang hanya mengambil masa 5-10 minit.
    Berikut merupakan aksi-aksi yang sempat dirakam setelah aktiviti senamrobik dilakukan.



     



    Berbuka Puasa Bersama Bagi PRS Puteri

  • Thursday 7 February 2013
  • Unknown
  • Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar SMAPK untuk berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
    Oleh itu, PRS puteri SMAPK telah mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama pada 7 Februari 2013.
    Melalui program ini, kami telah bersama-sama makan talam yang akhirnya menjadikan hubungan kami tidak ubah seperti sebuah keluarga bahagia.
    Insya-Allah, kami akan membuat program seperti ini lagi pada masa hadapan dengan menjemput kaunselor-kaunselor sepenuh masa di SMAP Kajang.
    Sebahagian kenangan yang sempat dirakam -
     
                                            
     
     


    Mesyuarat Agong PRS Kali Pertama 2013

  • Tuesday 5 February 2013
  • Unknown
  • Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum . Pada tarikh 5 Februari 2013 , Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMAPK telah mengadakan Mesyuarat Agong buat kali pertamanya pada tahun 2013 . Pada mesyuarat kali ini, semua PRS di SMAPK diwajibkan memakai baju korporat yang kelahiran sulungnya adalah pada tahun 2013. Dengan bantuan perahan idea oleh PRS lelaki untuk membuat design yang menarik, baju korporat ini kelihatan amat menarik apabila dipakai oleh para PRS SMAPK.

    MT PRS SMAPK sedang membuat perbincangan sebelum majlis dimulakan.

    kelihatan jejaka-jejaka PRS SMAPK segak bergaya.

    Tidak kurang juga wanita-wanita PRS SMAPK yang kelihatan elegan mengenakan baju korporat.

    Pengerusi Majlis pada hari tersebut, Izzat Naqiuddin Haziq Amir Hamzah.




    Saudara Izad Syahid sedang menyampaikan rancangan bagi biro beliau.

    Perbincangan bagi biro Duta Luar.


    Penerangan oleh biro-biro lain diambil perhatian oleh semua PRS

    Saudara Asymawi sedang memberi keterangan tentang perancangan biro beliau.



    Ahli-ahli biro PPI bagi pihak putera.

    Kelihatan saudara Burhan yang semangat menyampaikan hujah beliau.

    Perbincangan yang kelihatan serius oleh biro 3K


    Saudara Asyraf yang mewakili biro CERDAS turut memberikan hujah-hujah beliau.




    MSR Tingkatan 1 ke-2

  • Monday 21 January 2013
  • Unknown
  • Pada tanggal 16 Januari 2013, Minggu Silaturrahim bagi pelajar tingkatan 1 sekali lagi diadakan bagi menyambut kehadiran pelajar tingkatan 1 ambilan kedua. Program berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya, tanggal 20 Januari.

    Ice Breaking Bagi Pelajar SBP Yang Terpilih Ke Jepun

  • Thursday 17 January 2013
  • Unknown
  • Selamat Datang ! :)
    Pada tanggal 17 Januari 2013,SMAP Kajang menerima tetamu dari SBP-SBP lain seperti SEMESRA, SMS BANTING, TKC, SDAR dan bayak lagi.
    Setiap SBP diwakili oleh dua orang pelajar yang terpilih untuk ke Jepun.
    Pelajar-pelajar bertuah ini menjalani sesi-sesi penyesuaian diri sebelum ke Jepun di SMAP Kajang.
    Sesi Ice breaking bagi para pelajar telah dikemudi oleh sebahagian daripada ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Smap Kajang seperti  Mohamad Najmuddin Mohd. Yusof, Luqman Haikal Bin Mohamad Nizar, Asymawi Bin Zolkupli, Natasha Fatnin bt. Mohamad, Rushiha Irina Bt Mohamed Yusof, dan Jas Khairunishafiqa Bt. Jas Saripudeen.
    PRS SMAP Kajang menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk tetamu istimewa ini .
    Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan.

    Para pelajar sedang memperkenalkan diri kepada pelajar lain

    Pelbagai soalan dikemukakan bagi merapatkan hubungan sesama mereka.

    Fasilitator bagi pihak wanita

    Pelajar perempuan tekun mendengar arahan fasilitator.

    Pelajar-pelajar lelaki juga kelihatan berminat mendengar kata-kata fasilitator.

    Saat-saat akhir bagi mereka yang masih belum jumpa empunya 'nametag'.


    Peer Guidance SMAP Kajang. Powered by Blogger.

    Popular Posts

    Blogger templates

    Blogroll

    Blogger templates

    Blogger news