Pada tanggal 16 Januari 2013, Minggu Silaturrahim bagi pelajar tingkatan 1 sekali lagi diadakan bagi menyambut kehadiran pelajar tingkatan 1 ambilan kedua. Program berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya, tanggal 20 Januari.
Ice Breaking Bagi Pelajar SBP Yang Terpilih Ke Jepun
Selamat Datang ! :)
Pada tanggal 17 Januari 2013,SMAP Kajang menerima tetamu dari SBP-SBP lain seperti SEMESRA, SMS BANTING, TKC, SDAR dan bayak lagi.
Setiap SBP diwakili oleh dua orang pelajar yang terpilih untuk ke Jepun.
Pelajar-pelajar bertuah ini menjalani sesi-sesi penyesuaian diri sebelum ke Jepun di SMAP Kajang.
Sesi Ice breaking bagi para pelajar telah dikemudi oleh sebahagian daripada ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Smap Kajang seperti Mohamad Najmuddin Mohd. Yusof, Luqman Haikal Bin Mohamad Nizar, Asymawi Bin Zolkupli, Natasha Fatnin bt. Mohamad, Rushiha Irina Bt Mohamed Yusof, dan Jas Khairunishafiqa Bt. Jas Saripudeen.
PRS SMAP Kajang menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk tetamu istimewa ini .
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan.
Para pelajar sedang memperkenalkan diri kepada pelajar lain
Pelbagai soalan dikemukakan bagi merapatkan hubungan sesama mereka.
Fasilitator bagi pihak wanita
Pelajar perempuan tekun mendengar arahan fasilitator.
Pelajar-pelajar lelaki juga kelihatan berminat mendengar kata-kata fasilitator.
Saat-saat akhir bagi mereka yang masih belum jumpa empunya 'nametag'.
MSR Tingkatan 1
Seperti biasa, setiap tahun akan diadakan minggu silaturrahim bersma ahli-ahli keluarga baru diSMAPK, yang kebiasaannya disertai oleh pelajar tingkatan satu atau tingkatan 4, dikendalikan oleh PRS tingkatan 4 dan 5. Pada tahun ini, Program MSR Tingkatan 1 telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali bermula pada tarikh 9 Januari 2013bersama para PRS Tingkatan 4 yang sememangnya aktif dan lincah mengendalikan program. Minggu Silaturrahim bersama pelajar Tingkatan 1 ini diadakan selama dua minggu dan diisi dengan pelbagai aktiviti dan program yang menarik seperti Explorace, lawatan, ceramah, ice breaking dan sebagainya. Lagu tema yang menjadi pilihan pada tahun ini ialah lagu 'Sahabat' nyanyian Najwa Latif . Sangat meriah sekali apabila pelajar tingkatan 1 menyanyikan lagu ini beramai-ramai yang liriknya tersirat seribu satu makna. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya ,13 Januari 2013dan melalui Program MSR ini, ukhwah dan jalinan persahabatan sesama pelajar semakin rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain.
Antara cebisan kenangan yang sempat dipotretkan- :)
Antara cebisan kenangan yang sempat dipotretkan- :)
Lagu Tema Pembimbing Rakan Sebaya
Assalamualaikum Dan Selamat Datang ! :)
Entri kali ini memperkenalkan kepada anda semua lagu tema Pembimbing Rakan Sebaya .
Lagu ini menjadi lagu tema utama bagi setiap organisasi Pembimbing Rakan Sebaya bagi sekolah-sekolah di Malaysia.
Pembimbing Rakan Sebaya
menawar khidmat bakti
menjana kegemilangan
wawasan negara
Kami berdiri megah
dengan tekad dan harapan
membantu dan membimbing
penuh kasih mesra
* PRS pemangkin
masyarakat penyayang
berilmu,beramal
bentuk jati diri
amanah diberi
janji ditepati
amalan mulia
jadikan panduan
Pembimbing Rakan Sebaya
siap sedia berjasa
membentuk dan membina hidup yang bermakna
Madah Baru Organisasi PRS 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat Datang ke Blog UBK SMAPK! Diharapkan melalui laman blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMAPK anda dapat memberi lontaran idea dan cetusan pendapat demi kemajuan UBK sekolah.
Pertama sekali, tak kenal maka tak cinta. Jadi, di sini kami memperkenalkan kepada anda semua barisan majlis tertinggi PRS bagi tahun 2013 yang akan berganding bahu bersama para PRS lain dalam membimbing seluruh pelajar SMAPK dan bersama-sama mencipta memori di SMAPK =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Peer Guidance SMAP Kajang. Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Seperti biasa, setiap tahun akan diadakan minggu silaturrahim bersma ahli-ahli keluarga baru diSMAPK, yang kebiasaannya disertai oleh pelaja...
-
Minggu Silaturrahim merupakan agenda utama di SMAP Kajang bagi menyambut tetamu-tetamu baru seperti pelajar Tingkatan 1, atau pelajar Tingka...
-
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum . Pada tarikh 5 Februari 2013 , Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMAPK telah mengadakan Mesyuarat Ag...
-
Senamrobik merupakan aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan badan, malahan dapat mengurangkan stress. Oleh itu, PRS SMAPK telah menggunak...
-
Pada 23 Februari 2013 satu program telah dijalankan iaitu Program Juniorku Sayang yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tingkat...
-
Selamat Datang ! :) Pada tanggal 17 Januari 2013,SMAP Kajang menerima tetamu dari SBP-SBP lain seperti SEMESRA, SMS BANTING, TKC, SDAR...
-
Assalamualaikum Dan Selamat Datang ! :) Entri kali ini memperkenalkan kepada anda semua lagu tema Pembimbing Rakan Sebaya . Lagu ini men...
-
Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar SMAPK untuk berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, PRS puteri SMAPK telah mengamb...
-
Sebagai seorang PRS, peranan yang perlu mereka lakukan adalah: Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekelilin...
-
Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu: Amanah dan menyimpan rahsia. Menerima dan menghormati rakan dan...