Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Program Juniorku Sayang

  • Saturday 27 April 2013
  • Unknown
  • Pada 23 Februari 2013 satu program telah dijalankan iaitu Program Juniorku Sayang yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tingkatan 2. Program ini bertempat di Masjid Al-Ehsan dan melibatkan 12 orang fasilitator Tingkatan 2 serta 135 pelajar tingkatan 1. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

    Pengerusi Majlis dalam program ini adalah Ketua PRS Tingkatan 2 iaitu Muhammad Shakir bin Sharuji. Seterusnya Muhammad Firdaus binAbdul Zamri pula memimpin bacaan doa. Bagi energizer seperti 'Open Banana' dan 'Oo Epo Itai-itai' pula, Muhd Zul Hasmi yang memimpinnya.

    Setelah itu, pembahagian kumpulan ditetapkan mengikut tarikh lahir dan diuruskan oleh Amirah Kyswanee bt Ahmad Kamil dan Nur Amirah bt Suzalee. Setiap satu kumpulan telah dipimpin oleh seorang fasilitator. Seterusnya aktiviti persembahan dan diteruskan dengan aktiviti 'tounge twister' dan berakhir dengan pembentangan mengikut kumpulan dengan tema Sahabat Sejati yang dikendalikan oleh Intan Suraya bt Azman.

    Program ini telah berakhir dengan jayanya dan memuaskan hati semua pihak. Para pelajar Tingkatan 1 juga berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang, Insyaallah :)


    Peer Guidance SMAP Kajang. Powered by Blogger.

    Popular Posts

    Blogger templates

    Blogroll

    Blogger templates

    Blogger news